Berita Hari Ini

RUU Tangani Kesan COVID-19 Dijangka Dikuat Kuasa September

SETIU: Rang Undang-undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 dijangka dikuatkuasakan September depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata ketika ini, proses penggubalan RUU itu sudah berada di peringkat akhir.

“Kita sudah mendapat maklum balas daripada hampir semua kementerian sebelum dibawa ke Kabinet Julai ini seterusnya dibentangkan di Parlimen.

“Terdapat lebih 10 akta di dalam RUU itu. Semua langkah-langkah sementara dimasukkan dalamm RUU ini termasuk berkaitan insolvensi, pemaju perumahan dan banyak lagi,” katanya selepas lawatan kerja ke Mahkamah Majistret Setiu pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan mengalu-alukan orang ramai memberi cadangan dan saranan untuk penggubalan RUU berkenaan.

Penggubalan RUU itu merupakan komitmen kerajaan untuk meminimumkan impak penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan langsung ekonomi dan sosial kepada rakyat dan industri memetik Astri Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");