Berita Hari Ini

SPRM reman peguam berkait kes Peter Anthony

AGENSI antirasuah berjaya mendapat perintah reman ke atas seorang peguam yang disiasat berhubung kes urusniaga tanah milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (Risda) Sabah.

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menetapkan perintah reman tujuh hari ke atas Michael Persius Ubu, 63, yang ditahan sejak Jumaat lalu berhubung kes yang mengaitkan seorang exco negeri itu.

Majistrest Lovely Natasha Charles membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Persius Ubu yang lengkap berbaju jingga Lokap SPRM, hadir ke mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi dan keluar dari kamar mahkamah hampir sejam kemudian.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basirudin manakala Persius Ubu diwakili peguam Zahir Shah.

Individu berkenaan merupakan salah seorang 21 peguam yang ditahan ketika disiasat ke pejabat SPRM Kota Kinabalu pada Jumaat.

Beliau diburu oleh pihak SPRM sejak 2017 berhubung siasatan ke atas kes tanah berkenaan di Sabah.

Exco Sabah Peter Anthony meminta dibicarakan ketika didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis lalu dengan lima tuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM8.75 juta.

Tuduhan ke atas Peter, yang ditahan pada 2017, dilaporkan melibatkan jualan dua keping tanah Risda pada 2014.

Urusniaga tersebut dilaporkan tidak berjaya diteruskan walaupun sejumlah RM15 juta dibayar sebagai pendahuluan oleh Risda melalui firma Persius Ubu.

Pendakwaan ke atas Anthony dilakukan pada tarikh sama mahkamah membebaskan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dari 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");