Berita Hari Ini

Tiada Lagi Had Maksimum Pelanggan Di Meja Makan Restoran

KUALA LUMPUR: Pelanggan restoran kini tidak lagi dihadkan, sebaliknya boleh duduk sekali berdasarkan saiz meja.

BH Online melaporkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerajaan tidak menetapkan had jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk di meja makan restoran.

“Selagi ada penjarakan sosial, meja panjang yang boleh muat 10 orang, kita benarkan untuk 10 pelanggan duduk di situ.

“Cuma isu yang nak ditekankan di sini ialah mengenai penjarakan sosial, selagi aspek ini dipatuhi, kerajaan tiada halangan mengenai jumlah pelanggan di meja makan.

“Kalah boleh muat lapan orang, lapan orang boleh duduk, kalau boleh 10 orang, 10 orang dibenarkan duduk,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKPP, di Putrajaya, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");