Perak Hari Ini

Tiga Individu Ditahan Berasingan Cuba Ceroboh Hutan Simpan Kekal

IPOH: Jabatan Perhutanan Negeri Perak berjaya mematahkan dua aktiviti pencerobohan hutan simpan kekal iaitu di Hutan Simpan Bukit Tapah dan Hutan Simpan Piah dengan menahan tiga individu yang dipercayai terlibat, pada minggu ini.

Dalam satu kenyataan, hasil kepada aduan yang diterima pasukan penguatkuasaan jabatan tersebut di Daerah Perak Selatan telah melakukan siasatan dan risikan di Hutan Simpan Bukit Tapah.

Katanya hasil risikan itu, dua individu telah di tahan di Kompartmen 137, hutan simpan tersebut ekoran gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit bagi memasuki hutan simpan kekal, pada Khamis.

“Pasukan penguatkuasa telah merampas dan menyita satu unit kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai digunakan oleh kedua – dua suspek dan mereka ditahan reman bagi siasatan lanjut.

“Satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Tapah. Kedua-dua suspek bagaimanapun telah dilepaskan dengan bon jaminan Polis setelah keterangan mereka diambil,” ujarnya.

Sementara itu, katanya seorang lelaki telah ditahan di satu sekatan jalan raya yang diadakan bersama-sama sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput pada Jumaat.

Jelasnya sekatan jalan raya itu dibuat bagi mengesan mana-mana pihak yang cuba memasuki Hutan Simpan Piah tanpa kebenaran.

Katanya daripada 56 kenderaan diperiksa, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux telah ditahan susulan pemandu turut gagal mengemukakan permit sama.

Ujarnya lagi lelaki itu telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.

“Ketiga-tiga individu itu boleh didakwa di bawah Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu kesalahan memasuki hutan tanpa permit.

“Jika disabit kesalahan masing-masing boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Walau bagaimanapun ianya akan diputuskan setelah siasatan lengkap dijalankan oleh pihak penyiasat Jabatan Perhutanan Negeri Perak,” kata kenyataan itu lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");