Panasnya Hari Ini

Abd Latiff Mohon Maaf Kenyataan Perkecil UMNO Sabah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menyifatkan kenyataan beliau mengenai UMNO di Sabah sudah disalah tafsir pihak tertentu sehingga mengecilkan hati pihak lain.

Justeru itu, beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar memohon maaf berhubung kenyataan itu.

“Ia adalah kenyataan peribadi bukan mewakili parti. Saya dengan rendah diri ingin memohon maaf sekiranya kenyataan saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak.

“Musuh sebenar adalah pihak lawan. Jangan biarkan kita bercakaran. Saya sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan saya” katanya dipetik menerusi portal berita Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), hari ini, lapor BH Online.

Dalam laporan itu, beliau juga menyatakan mendukung penuh PN.

Terdahulu, Abd Latiff yang juga Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membuat kenyataan yang dilihat memperkecilkan UMNO di Sabah dalam sebuah forum terbuka dan video itu juga dikongsi di media sosial.

Kenyataan bekas pemimpin UMNO itu dikritik hebat ramai pemimpin UMNO, termasuk beberapa desakan yang meminta Abd Latiff meletakkan jawatan sebagai menteri.

Abd Latiff adalah antara Ahli Parlimen dari UMNO yang sebelum ini menyertai BERSATU selepas menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");