Perak Hari Ini

Akan Bantu BERSATU Hadapi Segala Kemungkinan – Ahmad Faizal

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berazam akan menggalas jawatan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan sebaik mungkin.

Katanya dengan pengumuman perlantikan tersebut, beliau akan akan membantu memperkuatkan jentera parti dalam menghadapi segala kemungkinan dan cabaran yang bakal ditempuhi parti pada masa akan datang.

“Ini bukan perkara yang perlu dibanggakan sebaliknya ia adalah amanah dan ianya datang dengan izin Allah SWT. Saya cuma dapat memberikan komitmen untuk menjalankan amanah itu dengan sebaik mungkin.

“Paling penting ialah untuk membantu mempersiapkan parti bagi menghadapi segala kemungkinan dan sebagainya untuk memperkuatkan parti, meramaikan keahlian serta memberi kekuatan kepada Presiden Parti yang juga Perdana Menteri dalam mentadbir kerajaan,” katanya.

Semalam media melaporkan Ahmad Faizal dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dan Presiden BERSATU.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dilaporkan berkata perkara itu diputuskan selepas hanya nama Muhyiddin yang juga Perdana Menteri dan Ahmad Faizal sahaja menjadi calon bagi mengisi jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menzahiarahi kediaman dan keluarga mendiang Ketua Pemuda Dewan Himpunan Pendokong PAS (DHPP) Perak, M.Yougan di Taman Tambun, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut diminta mengulas tentang jawatan Pengerusi BERSATU tidak dipertandingkan.

Katanya keputusan itu dibuat selepas bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini diumumkan menang tanpa bertanding, tidak lagi menjadi ahli parti.

“Mana-mana parti sekalipun apabila ada yang mengambil pendirian untuk melakukan sesuatu yanh bercanggah dengan perlembagaan parti, maka keahlian dalam parti akan tergugur.

“Ramai yang menyebut beliau dipecat sebelum ini. Tiada pemecatan yang berlaku sebaliknya ia keguguran keahlian secara automatik yang mengikut perlembagaan parti,” jelasnya.

Selain itu, Ahli Parlimen Tambun merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu berkata keadaan BERSATU di peringkat negeri masih stabil dan kukuh selain kesemua ahli di semua peringkat menyatakan sokongan penuh kepada Presiden BERSATU.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Faizal berkata Perikatan Nasional (PN) Perak masih belum mengadakan perbincangan berkaitan kemungkinan akan berlakunya Pilihanraya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib semalam.

“Kita masih belum mengadakan perbincangan dengan komponen PN. Namun apabila ada perbincangan dan keputusan dibuat kelak, kesemua parti komponen PN harus memberi sokongan penuh kepada sebarang keputusan yang akan dibuat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");