Perak Hari Ini

Akan Cuba Selesaikan Baki Hak Milik Tanah Peneroka Tahun Ini – MB Perak

SUNGKAI: Kerajaan Perak akan menyelesaikan masalah isu berkaitan hak milik tanah kepda semu peneroka di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di seluruh negeri pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata setakat ini kerajaan negeri telah menyelesaikan pemberian hakmilikan tanah kepada 5,776 peneroka.

“Daripada 5,917 peneroka di seluruh Perak, kerajaan negeri telah menyelesaikan pemberian hakmilikan tanah kepada 5,776 peneroka.

“Baki 141 lagi peneroka yang masih belum menerika hak milik tanah masing-masing akan kita usahakan dalam masa terdekat, kerana waktu sekarang ini masalah yang dihadapi mereka ialah berkenaan dengan masalah warisan dan sebagainya.

“Kita akan mencari jalan untuk berjumpa peneroka untuk selesaikan masalah ni.

“Kalau boleh tahun ini kita akan selesesaikan semua isu berkaitan pemilikan hak milik tanah peneroka di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Peneroka FELDA Ke-64 Peringkat Kebangsaan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) FELDA, Kampus Tun Abdul Razak di Trolak dekat sini, hari ini.

Sementara itu kata Ahmad Faizal, kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan RM500,000 bagi kerja-kerja pencegahan pembasmian Ulat Pemakan Daun (UPD) Sawit di FELDA Trolak.

“Masalah dihadapi penduduk berkenaan penyediaan kerja-kerja pencegahan pembasmian UPD di FELDA Gugusan Besout pada 2019 telah diberikan peruntukan sebanyak RM300,000.

“Kali ini diminta peruntukan RM500,000 lagi untuk kerja-kerja sama. Saya sudah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan kita umumkan meluluskan permohonan itu sepenuhnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");