Berita Hari Ini

Bayi Baru Dilahirkan Maut Dicampak Ibu Dari Tingkat 13

GEORGETOWN: Seorang bayi perempuan baru dilahirkan meninggal dunia selepas dicampak dari tingkat 13 sebuah apartmen di Farlim di sini, pagi tadi.

BH Online melaporkan kejadian menyebabkan otak bayi malang berkenaan berkecai.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh ibunya yang berusia 18 tahun.

Mayat bayi itu ditemui oleh seorang penghuni apartmen berkenaan yang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mengesahkan kejadian terbabit dan siastaan masih dijalankan.

Ia adalah kejadian kedua seumpamanya di negeri itu dalam tempoh dua bulan.

Pada 13 Mei lalu, seorang bayi yang baru beberapa jam dilahirkan dicampak dari tingkat empat sebuah flet di Persiaran Mayang Pasir 5 di sini.

Bagaimanapun, bayi berkenaan selamat apabila terjatuh ke atas bumbung unit flet di tingkat bawah.

Ibunya berusia 18 tahun dan teman lelaki ditahan untuk siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");