Perak Hari Ini

Dakwaan Pelajar SMART Positif Covid-19 Palsu

TELUK INTAN- Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Teluk Intan (SMART) menafikan dakwaan kononya terdapat pelajarnya positif Covid-19 seperti yang sedang tular di media sosial.

Pengetuanya, Zulkarnain Abdul Kamal berkata, pelajar yang bergejala tersebut masih berada di peringkat saringan namun masih lagi belum disahkan positif.

Beliau telah memuatnaik kenyataan penafian tersebut di laman Facebook SMK Abdul Rahman Talib petang tadi.

“Untuk makluman, pelajar yang bergejala masih lagi belum disahkan positif dan masih lagi dalam peringkat saringan.

“Pihak sekolah memohon semua pihak untuk tidak menyebarkan berita palsu tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi panik,” katanya.

Kenyataan tular itu mendedahkan bahawa terdapat kes Covid-19 baru berlaku di Perak apabila seorang daripada pelajar sekolah itu dijangkiti wabak berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");