Panasnya Hari Ini

DAP singkir 3 ahli sokong Adun Perak dipecat parti

Tiga ahli DAP dipecat serta-merta, manakala 8 lagi diberikan surat tunjuk sebab kerana menyokong 2 wakil rakyat yang meninggalkan parti itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplinnya, Chong Chieng Jen.

Beliau berkata, Kong Lai Ling, Ng Sook Whye dan Khi Poh Chong didapati aktif membantu Adun Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang dipecat selepas mengumumkan beliau keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Jawatankuasa ini memberi amaran kepada ahli sebelum ini supaya tidak lagi bersama wakil rakyat yang lompat parti atau dipecat. Kong juga menerima jawatan sebagai ahli Majlis Daerah Batu Gajah di bawah kerajaan PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chong berkata, mereka bertiga turut terlibat dalam “counter protest” di Pusat Khidmat Yong selepas akar umbi DAP yang lain mengadakan bantahan lompat parti sebelum ini.

Mengenai 8 ahli yang diberikan surat tunjuk sebab, Chong berkata, mereka dikenal pasti menghadiri sidang media pengumuman Adun Buntong, A Sivasuramaniam menyertai Gerakan pada 26 Jun lalu.

Mereka ialah Dan Adriel Daniel Velloo, Angeline Phillip Joe Phillip, P Murugiah, Joseph Hendry Kovil Pillai John, Amir Abdullah, R Marimutu, S Theivanai dan William John Johin Bin.

Katanya, jawatankuasa itu turut menghentikan keahlian Loh Eng Soon selama setahun kerana sengaja memfitnah dan memburukkan nama pimpinan negeri melalui Facebooknya.

“Jawatankuasa Disiplin sekali lagi menegaskan kami tidak akan bertoleransi dengan mana-mana ahli yang menerima jawatan daripada kerajaan PN atau masih bersama atau membantu wakil rakyat yang mengkhianati perjuangan parti.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya jawatankuasa ini menerima aduan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");