Berita Hari Ini

Khalid Jamlus Jual Kasut Emas

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus menjual kasut emas yang dimenanginya 18 tahun lalu dengan harga RM10,500 menerusi bidaan secara langsung di Facebook miliknya, kelmarin.

Khalid merangkul anugerah kasut emas selepas meledak 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Selain Kasut Emas, Khalid turut membuat lelongan pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya.

Tindakan Khalid ‘melepaskan’ barangan yang dianggap mempunyai nilai sentimental tinggi bagi seseorang pemain itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Khalid yang turut pernah beraksi bersama Selangor dan Kelantan bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian atas faktor kewangan selepas tiga tahun tiada pekerjaan.

Namun, menerusi perkongsian terbaharu di Facebook miliknya, malam tadi, Khalid memuat naik gambar ‘screenshot’ perbualan yang didakwa Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Mesej perbualan yang dipercayai menerusi aplikasi WhatsApp itu menunjukkan Wan Ahmad Fayhsal mempelawa Khalid berjumpanya minggu depan jika ada apa-apa yang boleh dibantu.


“Insya-Allah mungkin ada sinar,” kata Khalid bersama gambar perbualan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");