Berita Hari Ini

Lelaki Diugut Sebar Video Bogel Rugi RM13,000

BAYAN LEPAS: Seorang lelaki kerugian RM13,000 selepas diugut wanita tidak dikenali yang mahu menyebarkan video bogelnya.

Mangsa berusia 25 tahun yang juga pekerja kejuruteraan kilang di Bayan Baru menyerahkan wang itu kerana bimbang videonya tersebar.

BH Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan berkata, mangsa sebelum itu menggunakan aplikasi Line bagi membuat panggilan video bersama seorang wanita yang tidak dikenalinya pada 18 Julai lalu.

Katanya, mangsa dan wanita itu kemudian melakukan onani tanpa menyedari perbuatan itu dirakam.

“Selepas selesai panggilan, mangsa menerima pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenali pada jam 3 petang hari sama dan mengugut akan menyebar video bogel berkenaan.

“Mangsa diminta supaya membayar sebanyak RM13,000 sekiranya tidak mahu video itu tersebar,” katanya hari ini.

Anbalagan berkata, mangsa juga sudah membayar wang berkenaan menerusi transaksi dalam talian.

“Bimbang dengan kejadian itu, mangsa datang ke balai polis pada jam 10.11 malam tadi untuk membuat laporan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana peras ugut menyebar video bogel,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");