Panasnya Hari Ini

Wan Ahmad Fayhsal Tumpu Penyatuan Ahli Bersatu

KUALA LUMPUR: “Saya akan tumpu kepada penyatuan semua ahli, mengemas kini pentadbiran, dan mempersiapkan jentera untuk Pilihan Raya Umum Ke-15,” kata Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Titiwangsa yang baharu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menang pemilihan parti di bahagian itu semalam selepas mendapat 233 undi menewaskan dua pencabar lain.

Bercakap kepada Harian Metro, menurutnya dengan tema #NafasBaru, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mengemudi bahagian berkenaan.

“Ini juga bukti Bersatu memberi ruang kepada anak muda untuk menjadi ketua dan menggalas tanggungjawab kepimpinan yang besar. Saya kira ia adalah kesempatan terbaik untuk mempersiapkan pelapis pemimpin parti,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, tumpuan kini difokuskan kepada khidmat kepada rakyat selain mengukuhkan ikatan kepimpinan dan keluarga besar Bersatu Titiwangsa.

“Keutamaan kami sekarang ialah menyantuni warga Titiwangsa yang berdepan pelbagai masalah akibat wabak Covid-19, khususnya isu sosio-ekonomi.”

“Masa untuk bekerja sudah bermula. Pertandingan hanyalah satu proses, tetapi yang penting bagaimana kita boleh merealisasikan hasrat untuk buat kerja, bantu rakyat,” katanya yang turut bertanding jawatan Ketua Armada Nasional pada pemilihan parti kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");