Berita Hari Ini

Malaysia gantung khidmat juruterbang Pakistan

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan menggantung sementara khidmat juruterbang Pakistan yang sedang berkhidmat di Malaysia, sementara menunggu pengesahan lesen mereka.

Penggantungan susulan Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulam Sarwar Khan mendedahkan sejumlah juruterbang Pakistan tidak memiliki lesen juruterbang yang sah.

“Sehubungan itu, pihak CAAM mengambil langkah untuk menggantung sementara kesemua pemegang lesen Pakistan yang berkhidmat di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Kapten Chester Voo dalam satu kenyataan hari ini.

Voo juga berkata CAAM sedang mendapatkan pengesahan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan (PCAA) mengenai kesahihan lesen juruterbang berkenaan.

“Hanya pemegang lesen Pakistan yang disahkan oleh PCAA akan dibenarkan untuk kembali berkhidmat,” kata Voo.

Menurut PCAA, 40% juruterbang di Pakistan menggunakan lesen penerbangan palsu, manakala 262 daripada 860 juruterbang Pakistan yang aktif menipu dengan menghantar wakil untuk menduduki peperiksaan untuk mendapatkan lesen.

Beberapa negara telah menggantung lesen juruterbang Pakistan dan menyekat operasi penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) daripada keluar dan masuk ke negara mereka.

CAAM bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah pemegang lesen juruterbang Pakistan yang berkhidmat di Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");