Berita Hari Ini

Musa Hassan nasihatkan Ayob Khan agar berjaga-jaga, jangan gentar

KUALA LUMPUR – Tan Sri Hassan Musa menasihatkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay agar jangan gentar dan berjaga-jaga berikutan ketegasannya dalam menjalankan tugas, khususnya  yang membabitkan ahli politik.

Bekas Ketua Polis Negara itu yang menyifatkan kenyataan Ayob Khan agar  ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan sebagai nasihat yang bernas dari seorang Ketua Polis Negeri berkata, ini kerana mereka akan terkesan dan daripada tergugat daripada ketegasannya itu.

“Nasihat saya kepada Dato Ayob KP Johor. Kejujuran dan ketegasan adalah sifat yang mulia.

“Walau demikian Dato perlu berjaga2 kerana akan menghadapi ramai musuh dari luar dan dalam pasukan yang akan cuba mengkhianati kerana terbiasa dan merasa tergugat diatas ketegasan Dato,” katanya menerusi akaun twitter hari ini..

Dalam temu bualnya dengan MalaysiaGazette, Ayob Khan berkata, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju dalam tindakan beliau dan pegawainya dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang.

Ketua Polis Johor itu  yang mengambil contoh tiada siapa merungut sewaktu beliau bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dan menangkap beratus-ratus orang anggota Jemaah Islamiah (JI) dulu termasuk pengikut Darul Islam dan Daesh.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” kata Ayob dalam temu bual yang disiarkan semalam.

Menurut Musa, ia merupakan penjelasan yang jujur daripada Ayob Khan dan berdoa agar ramai lagi pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mempunyai prinsip dan sikap seperti itu.

“Semoga PDRM sentiasa cemerlang,” ujarnya yang mengucapkan syabas dan memintanya jangan gentar kerana Allah akan sentiasa bersama orang yang menegakkan kebenaran. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");