Berita Hari Ini

PAS yakin komponen PN selesai dengan baik agihan kerusi PRU15

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yakin pengagihan kerusi membabitkan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mampu ditangani dengan baik.

Beliau berkata, sebarang perbezaan pendapat berhubung pengagihan kerusi diyakini dapat diselesaikan Majlis Presiden dan jawatankuasa induk Muafakat Nasional secara harmoni.

“Rundingan bersama (antara komponen PN) akan bincang dalam masa terdekat, proses rundingan kerusi ini akan berjalan dan mengambil masa, tetapi kita yakin boleh selesai dengan baik.

“Secara prinsipnya, kita akan kekal di negeri yang didominasi setiap parti,” katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya PAS Johor malam tadi.

Beliau mengulas laporan sebuah portal semalam ada pemimpin Umno tidak bersetuju Kedah dan Terengganu diserahkan “bulat-bulat” kepada PAS pada PRU15.

Ini kerana ada pemimpin beranggapan Umno masih mempunyai kekuatan di 2 negeri terbabit dan kegagalan dalam PRU14 disebabkan pertembungan 3 penjuru.

Tuan Ibrahim yang juga menteri alam sekitar dan air menyifatkan pandangan pemimpin Umno sebagai pandangan peribadi dan PAS tidak mempunyai masalah mengenainya.

“Pandangan daripada individu itu dianggap pandangan peribadi masing-masing, kita tidak boleh sekat pandangan masing-masing.”

Mengenai persiapan PRU15, beliau berkata, parti itu sudah bersedia menghadapinya dan menggiatkan usaha menambah keahlian di setiap negeri.

“Kalau tengok dalam kerjasama antara PAS dan Umno serta parti lain (komponen), kita yakin akan tambah kemenangan kita. Sebab kalau dulu Umno dan PAS bersendirian pun kita sudah capai kemenangan, sekarang dengan gabungan muafakat, kita yakin kita akan dapat lebih baik daripada sebelum ini.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");