Perak Hari Ini

Pavithra Bayar Ikat Jaminan Suami RM15,000

IPOH- Selepas didakwa atas kesalahan memiliki senjata berbahaya, suami kepada Youtuber masakan terkenal, M. Sugu, 28 turut didakwa atas kesalahan mencederakan isterinya S.Pavithra, 28 dalam satu pergaduhan pada Isnin di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ekoran dari kedua-dua kesalahan tersebut, Pavithra terpaksa membayar ikat jamin sebanyak RM10,000 atas kesalahan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit dan RM5,000 atas kesalahan sedemikian.

Sugu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim, Mohd Fauzi Mohd Nasir di Mahkamah Majistret, petang tadi.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail memohon mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM10,000 bagi kes berkenaan.

Peguam Mahinderjit Singh ketika ditemui di luar mahkamah bagaimanapun berkata, jumlah wang jaminan yang dikenakan kepada mangsa adalah tidak adil kerana laporan polis telah ditarik semula pada 22 Julai yang lalu.

Mahinderjit telah memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM3,000.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula.

Sugu dilaporkan telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan sebelah kanan ke atas isterinya yang mana ketika kejadian suspek dipercayai mabuk.

Jika disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 324 kanun keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Kesiksaan yang memperuntukan pemenjaraan selama tempoh yang boleh dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

Tertuduh telah dikenakan tahanan reman tiga hari bermula pada 22 hingga 24 Julai oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Terdahulu media melaporkan, pasangan berkenaan didakwa bertengkar di parkir HRPB ekoran mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Pada hari yang sama, pejabat pengawal keselamatan telah menerima panggilan telefon daripada seorang jururawat yang mendakwa ada melilhat seorang lelaki mabuk membawa sabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");