Perak Hari Ini

Perbadanan Pulau Pangkor Bakal Dibentangkan Dalam Sidang DUN Perak

PANGKOR- Kerajaan Perak bakal membentangkan cadangan bagi mewujudkan Perbadanan Pulau Pangkor dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangkakan berlangsung pada Oktober nanti.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) turut mengkaji cadangan penubuhan perbadanan tersebut dari segi undang-undang.

“Banyak keperluan yang perlu diberi perhatian dan pada dasarnya pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah perbadanan seperti perbadanan yang ada di Langkawi iaitu Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), di Labuah (Perbadanan Labuan) dan di Pulau Tioman (Lembaga Pembangunan Tioman).

“Jika perkara ini dapat di laksanakan, saya yakin pihak UPEN telah mengkaji dari segi undang-undang dan sebagainya untuk kita bentang dalam sidang DUN yang dijangkakan pada bulan Oktober atau Noveber nanti.

“Jadi dengan wujudnya perbadanan ini, maka sudah tentulah peruntukan-peruntukan oleh kerajaan pusat dan negeri dapat di satukan dan kita dapat membangunkan Pulau Bebas Cukai (PBC) ini dengan begitu baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan Mesyuarat Sekretariat PBC Pangkor serta mengadakan lawatan kerja susulan berkenaan dengan beberapa isu yang dibangkitkan oleh persatuan, agensi dan penduduk di Pulau Pangkor, hari ini.

Katanya, cadangan perbadanan tersebut selaras dengan perlaksanaan Pulau Pangkor sebagai pulai bebas cukai.

“Setakat ini kita telah mewujudkan sekretariat PBC dan buat sementara ini, Majlis Perbandaran Manjung mengambil tanggungjwab ini namun apabila kita ada perbadanan nanti maka sudah tentulah, pembangunan ini dapat dipercepat, dipertingkat dan disegerakan,” katanya.

Sementara itu katanya, masalah kesesakan laluan di jeti Marina Island juga akan diatasi dengan menambah dua lagi laluan.

“Saya difahamkan buat masa sekarang hanya dua laluan tetapi akan ditingkatkan kepada empat laluan.

“Keputusan telah mendapat peruntukan yang akan dilaksanakan oleh MPM sebanyak RM1 Juta dan diuruskan oleh MPM,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");