Berita Hari Ini

PM usul Yang Dipertua Dewan Rakyat ditukar

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan supaya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff mengosongkan jawatannya.

Perdana Menteri berkata, ketetapan itu perlu dibuat atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan terbabit.

Ia adalah pertama kali usul sedemikian dikemukakan dalam penggal persidangan Dewan Rakyat.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon, menyatakan usul itu akan dibahaskan dan memberi peluang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk berbahas selama 10 minit.

Bagaimanapun, Dewan menjadi kecoh apabila beberapa wakil pembangkang mempersoalkan kewajaran Mohamad Ariff diganti.

Anwar yang bangkit, meminta lebih ramai ahli Parlimen diberi peluang untuk berbahas.

“Saya minta Perdana Menteri memberi ruang kepada Ahli Parlimen berbahas. Saya nak tanya apakah keputusannya (untuk) membolehkan ahli Parlimen berbahas dalam isu penting, ahli Parlimen mesti diberi ruang,” katanya.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) kemudian membangkitkan Peraturan Mesyuarat 3 yang mempertikaikan keperluan usul berkenaan dibentangkan.

Beliau berkata, tiada keperluan usul itu dibawa Muhyiddin memandangkan tidak berlaku kekosongan kerusi Speaker.

Susulan itu, keadaan Dewan terus hangat dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang bangun serentak mempersoalkan keputusan Mohd Rashid yang tetap meneruskan supaya usul itu dibahaskan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");