Berita Hari Ini

Dewan Rakyat lulus usul Speaker kosongkan jawatan

Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan usul dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya.

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, yang diperoleh menerusi undian secara belah bahagi.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon memaklumkan seramai 111 Ahli Parlimen menyokong, sementara 109 Ahli Parlimen lagi menolak, seorang Ahli Parlimen tidak hadir.

Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Joniti Ongkili tidak hadir.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, membentangkan usul itu sebelum dibahaskan kira satu jam 10 minit oleh empat Ahli Parlimen, masing-masing mewakili kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hasan ketika sesi penggulungan menegaskan usul yang dibawa Muhyiddin supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, usul itu juga tidak cacat dan ia diterima oleh Mohamad Ariff sendiri pada 29 Jun lalu, mencakupi tempoh masa 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

“Saya ingin memaklumkan bahawa usul ini dibuat berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan dalam Parlimen.

“Sebagai contoh, tidak pernah berlaku dalam negara ada Perdana Menteri interim, tetapi ia berlaku dan kita menerimanya.

“Jadi jangan hanya melihat Peraturan Mesyuarat sahaja kerana Peraturan Mesyuarat dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");