Panasnya Hari Ini

‘Semoga Individu Yang Fitnah Nama Dan Agama Saya Diberi Hidayah’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memohon individu yang memfitnah beliau berkaitan asal-usul keturunannya diberi hidayah oleh Allah.

Abdul Azeez berkata, meminta mereka yang memfitnahnya supaya berhenti dan jangan keterlaluan menghina serta mengeji.

“Saya doakan sesiapa juga yang memfitnah saya sehingga tergamak mengubah nama dan agama saya diberikan hidayah oleh Allah.

“Allah maha mendengar lagi maha mengetahui,” katanya dalam kenyataan di Facebook, pada Jumaat, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila Abdul Azeez dikatakan rasis dan seksis apabila mengatakan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto gelap dan menyuruh pakai bedak.

Bagaimanapun pada hari kedua persidangan Dewan Rakyat, beliau memohon maaf dan menarik balik perkataan ‘gelap’ dan ‘pakailah bedak’ yang digunakannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");