Perak Hari Ini

Sindiket Edar Dadah Di Taiping Aktif Sejak Mei Tumpas

IPOH: Sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak Mei lalu di Taiping berjaya ditumpaskan dalam lima serbuan berasingan di lokasi sama, yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 14 Julai baru-baru ini.

Ketua JSJN Perak, ACP Lee King Chuan berkata serbuan pertama sehingga ketiga yang dijalankan sekitar jam 12.45 tengah hari sehingga 2 petang menjumpai sebarang objek yang menyalahi undang-undang.

Namun katanya, pada jam 4.15 petang dalam serbuan keempat yang dijalankan di sebuah rumah di Taman Pengkalan Ayu, polis berjaya menjumpai dadah jenis Heroin anggaran berat 5.72 gram, Methamphetamine (10.96 gram), empat biji pil Eramin 5 (1.28 gram).

“Serbuan kelima pada jam 9.30 malam, pada hari yang sama, polis telah membuat pemeriksaan terhadap sebuah kereta di kawasan Pokok Assam.

“Hasil pemeriksaan mendapati dadah jenis Heroin anggaran berat 5,418 gram dan Methamphetamine anggaran berat 2,601 gram dijumpai dalam kereta tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Tambah beliau, seramai enam suspek warga tempatan telah ditahan, termasuk satu pasangan suami isteri, dan kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30an sehingga 40an.

“Daripada enam suspek, dua daripada mereka masing-masing mempunyai satu rekod lampau melibatkan jenayah dadah. Kesemua mereka ini antaranya terdiri daripada penggangur dan pemandu lori,” ujarnya.

Jelas King Chuan, dalam lima serbuan tersebut polis berjaya merampas dadah Heroin anggaran berat 5.423.72 gram, Methamphetamine (2,611.96 gram), empat biji pil Eramin 5 yang kesemuanya bernilai RM154,304.

Katanya turut dirampas empat buah kereta, dua motosikal, serta barang kemas pelbagai jenis yang keseluruhannya bernilai RM405,565.

“Suspek pertama direman selama tujuh hari sehingga 21 Julai, manakala suspek ketiga, keempat dan kelima direman selama empat hari sehingga 18 Julai. Bagi suspek kedua dan keenam, mereka direman selama lapan hari sehingga 22 Julai.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");