Panasnya Hari Ini

Saya Tidak Pernah Tawar Shafie Jawatan TPM, Kata Muhyiddin

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada Presiden Warisan Shafie Apdal seperti didakwanya dalam wawancara sebelum ini.

“Merujuk kepada kenyataan Shafie dalam wawancara dengan Malaysiakini, saya menegaskan tidak pernah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada beliau pada Mac selepas menjadi perdana menteri, seperti didakwa.

“Saya menyifatkan kenyataan Shafie dalam wawancara sama yang menyatakan, “beliau tidak menyebutnya, tetapi saya tahu mengenai hal itu‘’ sebagai tidak benar.

“Kenyataan itu adalah andaian semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam wawancara pada 14 Julai lepas, Shafie berkata, Muhyiddin pernah membuat tawaran kepadanya untuk menyertai Kabinet gabungan Perikatan Nasional (PN) sebagai timbalannya.

Shafie membuat dakwaan itu selepas mendedahkan bahawa Muhyiddin turut meminta sokongan Warisan bagi memperkuatkan PN, gabungan yang sehingga kini belum didaftarkan secara sah lapor FMT.

Bagaimanapun Shafie berkata, beliau lebih berminat untuk membincangkan isu antara kerajaan dengan kerajaan, antara Sabah dan kerajaan persekutuan daripada bercakap soal gabungan dengan PN.

Pada Mac, Muhyiddin mengumumkan anggota Kabinetnya merangkumi 31 orang menteri dan buat pertama kali dalam sejarah negara, tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Sebaliknya beliau mengumumkan pelantikan 4 menteri kanan, iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");