Berita Hari Ini

Terima imbuhan, 8 anggota polis kena tindakan

Lapan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib selepas didapati cuba mengatur perpindahan lokasi tugas seorang anggota, tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata tindakan itu diambil selepas siasatan dalaman mendapati lapan anggota polis terbabit mengambil imbuhan RM5,000 untuk tujuan itu.

“Sejurus mendapat maklumat pada Mei tahun lalu, siasatan mendapati mereka cuba mengatur perpindahan lokasi tugas seorang anggota polis lain dengan meminta kadar imbuhan tertentu.

“Sebelum ini mereka bertugas di Jabatan Pengurusan dan sudah dikenakan tindakan tatatertib serta ditukarkan ke jabatan lain,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");