Berita Hari Ini

Penuh kata2 kesat, mural wajah hero2 Malaysia diconteng insan busuk hati!

Kalau sebelum ini hanya dipenuhi contongan graviti vandalisme, kini dinding di sebuah  bangunan di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 berubah wajah dengan mempamerkan lukisan mural gergasi yang memaparkan wajah-wajah pemimpin negara kesayangan rakyat.

Hasil keringat oleh Miey Ali ini kemudiannya menjadi tular serta merta di media sosial dan mendapat sambutan hangat oleh rakyat Malaysia. Bahkan, empunya wajah dilukisan juga tidak ketinggalan untuk turun padang dan bergambar dengan mural di dinding tersebut.

Kerja siapa ni? Busuknya hati!

Melalui perkongsian salah seorang pengguna di Twitter, mural-mural gergasi tersebut kini dilihat telah diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Bahkan, mural tersebut telah diconteng dengan mengunakan spray berwarna merah dan beberapa perkataan kesat turut terlihat pada lukisan berkenaan.

Visual dah ditutup!

Cetuskan kemarahan orang ramai!

Sudah tentunya, perbuatan busuk hati ini telah mendatangkan kemarahan orang ramai dan berharap agar si pelaku ditangkap serta dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Bukan senang nak lukis mural kot!

Mesti hancur hati si pelukis…

“Aku bukanlah penyokong kerajaan, tapi…”

Semoga si pelaku dapat dicekup dengan secepat mungkin dan dihukum dengan sewajarnya.

Sumber: Twitter. 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");