Panasnya Hari Ini

Tubuh Badan Bebas Tinjau, Lapor Situasi Pusat Tahanan PATI

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Malaysia dicadangkan menubuhkan satu badan bebas bagi meninjau dan membuat laporan terbuka berkaitan keadaan sebenar di pusat tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, penubuhan itu bertujuan membuktikan kepada masyarakat bahawa laporan oleh Pengarah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Refuge for the Refugees, Heidy Quah tidak benar.

“Ia satu persoalan yang mudah ditangani kerana hanya dengan menyiarkan gambar keadaan sebenar, maka dakwaan palsu dan berbaur fitnah dapat dijawab.

“Jabatan Imigresen selepas itu boleh mendakwa pelapor atas laporan palsu dan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Heidy dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung hantaran di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan imigresen negara.

Laporan terhadapnya dibuat oleh Jabatan Imigresen sebelum siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam pada itu memetik Sinar Harian Khalid berkata, Amanah turut menggesa supaya tindakan yang dilihat bersifat otoritarian (kuku besi) dihentikan kerana ia hanya memburukkan imej negara di persada dunia.

Katanya, tanpa menafikan keperluan polis untuk menjalankan siasatan setelah mendapat laporan, pihaknya menggesa agar siasatan dijalankan dengan profesional dan adil kerana ia melibatkan satu dakwaan fitnah ke atas sebuah agensi kerajaan.

“Rakyat seharusnya diberi kebebasan untuk menyuarakan pandangan secara bertanggungjawab terhadap agensi kerajaan dalam melaksanakan tugas.

“Amanah bimbang sekiranya undang-undang dan penguatkuasaan digunakan bagi tujuan menyembunyikan kelemahan agensi kerajaan yang mungkin menimbulkan ketakutan kepada rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");