Berita Hari Ini

Tular: Tiada Insiden Liwat Libatkan Kanak-kanak

SUNGAI PETANI: Polis mengesahkan tiada insiden meliwat membabitkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taman Anggerik, di sini seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata polis berjaya mengesan suspek yang berusia 17 tahun dan mangsa semalam.

Beliau berkata, menurut kanak-kanak lelaki itu ketika kejadian, mangsa sedang bermain bersama rakannya sebelum didatangi suspek yang juga berstatus orang kurang upaya (lembam).

“Mangsa mengenali suspek dan ketika kejadian suspek cuba bermain bersama mangsa namun mangsa enggan.

“Ini menyebabkan suspek menarik seluar mangsa hingga terlondeh, mangsa juga bersama rakannya dikatakan bertindak menumbuk suspek sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan malam tadi, lapor BH Online.

Adzli berkata, kenyataan mangsa turut disokong oleh seorang rakan mangsa berusia tujuh tahun yang turut berada di lokasi kejadian.

Beliau berkata, suspek juga sudah dipanggil dan mengakui insiden yang dinyatakan oleh mangsa.

“Semasa dipanggil untuk diambil keterangan, bapa mangsa dan suspek turut hadir. Berikutan itu kes diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook mendakwa melihat kejadian seorang kanak-kanak lelaki diliwat di belakang sebuah kontena berdekatan taman permainan di perumahan terbabit.

Pemilik akaun yang dipercayai wanita itu mendakwa bertindak membunyikan hon kenderaannya dengan kuat menyebabkan suspek melepaskan mangsa sebelum suspek ditahan oleh penduduk perumahan itu selepas mendengar jeritan wanita berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");