Perak Hari Ini

2 Syarikat Didakwa Cuai, Pekerja Maut Dan Putus Tangan

IPOH- Dua buah syarikat di dakwa hari ini di Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati cuai sehingga menyebabkan seorang pekerja maut dan seorang lagi pekerja mengalami kecacatan putus tangan kiri.

Syarikat kontraktor elektrik iaitu Elzamas Bakti Sdn Bhd diwakili Pengarahnya, Masmira Azami manakala, syarikat pembuatan tuangan logam iaitu MSBB Engineering Sdn Bhd diwakili Admin Managernya, Woon Choy Kim masing-masing mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan, Elzamas Bakti Sdn Bhd didakwa sebagai majikan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja sehingga menyebabkan pekerja subkontraktornya, Mohamad Kamil Mohamed Yusoff, 29, maut akibat terkena renjatan elektrik.

Syarikat itu telah gagal untuk memastikan pengadaan sistem kerja selamat bagi aktiviti penyenggaraan lampu dan penukaran tiang lampu jalan apabila gagal mengadakan pengenalpastian, penaksiran dan kawalan risiko (HIRARC); dan gagal menyediakan prosidur kerja selamat.

Pengarah Elzamas Bakti Sdn Bhd, Masmira Azami

Kemalangan berlaku di KM 16.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, Gopeng, Perak pada 12 Julai 2019 lebih kurang 5.50 petang ketika mangsa sedang melakukan kerja penyambungan kabel elektrik ke tiang lampu.

Admin Manager MSBB Engineering Sdn Bhd, Woon Choy Kim

Syarikat MSBB Engineering Sdn Bhd pula didakwa kerana gagal mengadakan sistem kerja yang selamat bagi aktiviti ‘refractory replacement terutamanya aktiviti mengeluarkan former’ daripada ‘transfer ladle’ sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan kepada seorang pekerja warganegara Nepal, Antare Khatri.

Satu letupan telah berlaku pada 17 Oktober 2019, lebih kurang jam 10.30 malam di premis berkenaan mengakibatkan mangsa putus tangan kiri, melecur di bahagian muka dan dadanya serta thermal injury pada kedua belah mata.

Mangsa bagaimanapun telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan cuti sakit terkumpul adalah sebanyak 145 hari.

Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM30,000 atau enam bulan penjara jika denda gagal dibayar kepada Elzamas Bakti Sdn Bhd manakala, denda RM15,000 atau empat bulan penjara kepada MSBB Engineering Sdn Bhd jika denda gagal dibayar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Perak, Eza Marny Marzuki manakala kedua-dua syarikat tidak diwakili peguam.

Kedua-dua syarikat boleh di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");