Berita Hari Ini

Anifah nasihati Musa Aman beri laluan kepada pemimpin baharu

SUDAH tiba masanya Musa Aman memberikan laluan kepada pemimpin baharu ambil alih kepimpinan, kata adiknya, Anifah Aman.

Anifah yang merupakan Presiden Parti Cinta Sabah berkata bahawa beliau menyayangi abangnya itu, namun sudah tiba masanya bekas Ketua Menteri Sabah yang berkuasa selama 15 tahun di negeri itu akhiri kariernya.

“Saya rasa dia telah melaksanakan kerjanya dengan baik di Sabah tetapi saya rasa sudah tiba masanya dia (Musa) beri jalan bagi orang lain untuk mengambil alih.

“Musa adalah abang saya, saya sayang dia, tetapi ada perbezaan dalam soal politik (sama ada) di Kuala Lumpur, dan juga di Sabah (perbezaan) dalam kalangan keluarga,” katanya kepada pemberita semasa sidang media hari ini.

“Sebagai orang Sabah, saya sangat menghargai apa yang telah dilakukan Musa untuk Sabah, tetapi saya percaya masa telah berubah dan sudah tiba masanya orang lain ambil alih,” kata Anifah yang akan bertanding pilihan raya negeri yang akan datang.

Anifah memberitahu wartawan hari ini bahawa penjenamaan semula PCS akan menyasarkan kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan Sabah yang akan datang.

Terdapat 73 kerusi yang akan dipertandingkan dalam pilihan raya yang akan datang.

Anifah mengambil alih PCS setelah presiden dan pengasasnya Wilfred Bumburing memberi laluan kepada beliau semasa mesyuarat agung tahunannya bulan lalu.

Bumburing kini menjadi timbalan presiden.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");