Panasnya Hari Ini
Like

Bersatu Semporna Mahu Semua Kerusi DUN Kawasan

August 2, 2020
185 Views
0 Comments
1 minute read
Bersatu Semporna Mahu Semua Kerusi DUN Kawasan

SEMPORNA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Semporna ‘berkeinginan’ semua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Astro Awani melaporkan Ketua Bahagian Bersatu Semporna, Mohd Daud Tampokong berkata, pihaknya telah mengenal pasti tiga kerusi berkenaan.

Kerusi dimaksudkan adalah DUN N. 64 Sulabayan, DUN N. 65 Senalang dan DUN N. 66 Bugaya.

“Bersatu Semporna telah mengaktifkan jentera untuk menghadapi PRN dan mengenal pasti kerusi serta calon yang mampu menang di Semporna ini.

“Bagaimanapun, semua ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan Bersatu Sabah dan juga peringkat Nasional,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, beliau terdahulu mengadakan pertemuan dengan semua jentera parti Bersatu Semporna di daerah berkenaan.
Semporna pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu menyaksikan kemenangan berpihak kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan beroleh keputusan 4-0, termasuk kerusi Parlimen.

Daerah itu dilihat sebagai kubu kuat kepada parti dinaungi Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan merupakan tempat kelahiran Presiden Warisan berkenaan.

Pada Sabtu, kepimpinan Bersatu Sabah dilihat memulakan langkah awal dengan mengumumkan kesediaan mereka bertanding 45 kerusi DUN di PRN Sabah.

Bagaimanapun, pengumuman itu mencetuskan kontroversi apabila ditempelak pemimpin UMNO pusat kerana dilihat tidak melalui perundingan sewajarnya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.