Panasnya Hari Ini

Dedah 101 Projek Runding Terus Bukan Soal Betul Atau Salah, Kata Annuar

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa, berkata tindakan kerajaan mendedahkan 101 projek dikatakan diberi secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas bukan berkisarkan soal betul atau salah.

Sebaliknya, pendedahan itu bagi membuktikan Pakatan Harapan tidak berpegang pada laungan tender terbuka dan telus.

Beliau mendakwa “semua” tersasar daripada isu sebenar apabila bercakap tentang pendedahan itu.

“Isu 101 projek rundinga terus kerajaan PH bukan soal betul atau salah cara perolehan tersebut atau isu zaman BN atau zaman PH lebih banyak.

“Tapi isu janji DAP-PH berdentam dentum kononnya zaman mereka semua telus dan tender terbuka…tiba-tiba ‘kantoi’,”katanya di Twitter hari ini memetik FMT.

Kelmarin, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, melaporkan kepada Dewan Rakyat terdapat 101 projek dianugerahkan secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas dikatakan berjumlah RM6.6 bilion, mencetuskan gempar dalam kalangan ahli Parlimen.

Beberapa pihak seperti PH, PAS, dan Dr Mahathir Mohamad kemudian menggesa kerajaan mendedahkan 101 projek tersebut, termasuk syarikat mana yang berjaya mendapat tender, kroni siapa yang dapat, serta menteri mana yang memohon kelulusan rundingan terus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");