Berita Hari Ini
Like

Ekonomi Sabah Lembap Bawah Warisan – Najib

August 2, 2020
160 Views
0 Comments
1 minute read
Ekonomi Sabah Lembap Bawah Warisan – Najib

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun 2018 jatuh kepada 1.5 peratus, kadar paling rendah di antara semua negeri di Malaysia.

Malah, kadar itu juga paling rendah sejak 10 tahun yang lalu dan lebih rendah berbanding kadar pertumbuhan 4.7 peratus Malaysia.

Keadaan itu berbeza dalam tempoh lapan tahun sebelum Sabah bertukar tangan pada PRU-14, kadar yang mana pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara.

Datuk Seri Najib Razak berkata, misalnya pada tahun 2017, kadar Sabah adalah 8.2 peratus iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia.

Pada tahun 2016, Sabah mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus berbanding kadar 4.2 peratus untuk Malaysia.

Secara am, ekonomi Sabah telah berkembang pada kadar lebih pesat berbanding purata untuk negeri-negeri lain sebelum Parti Warisan Sabah (Warisan) mengambil alih.

”Ini bermakna Sabah semakin ketinggalan dengan negeri-negeri lain bermula tahun 2018.

”Jika kita perhatikan, kerajaan PH (Pakatan Harapan) terdahulu dan kerajaan Warisan Sabah tidak pernah melancarkan dan melaksanakan pelan strategik yang wajar bagi pertumbuhan Sabah.

”Projek-projek yang sedia ada dimansuhkan atau dilambatkan seperti Pan Borneo Sabah pada masa bantuan kepada warga Sabah diturunkan.

”Sebaliknya projek-projek baru bawah Warisan seperti empangan Papar RM3 bilion diberi kepada kroni syarikat terowong Pulau Pinang yang bertapak di Semenanjung manakala projek untuk penyelenggaraan jalan berturap Sabah bernilai RM1.5 bilion pula diberi kepada 5 syarikat secara rundingan terus termasuk ke sebuah syarikat yang terlibat dengan rasuah Menteri Sabah Peter Anthony,” dakwanya.

Menurut Najib, disebabkan faktor-faktor ini ekonomi Sabah dijangka semakin lembab di bawah Warisan. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat

Comments are closed.