Perak Hari Ini

Kesihatan Mufti Perak Stabil, Exco Syor Solat Hajat Dan Bacaan Yasin

IPOH: Tahap kesihatan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semakin stabil setelah dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta, di sini pagi semalam akibat strok.

Pakar Perubatan dan Neurologi yang merawat Mufti Perak, Datuk Dr Zakaria A Kadir berkata selepas menerima rawatan susulan, Harussani mula menunjukkan respons positif sejak petang semalam sehingga hari ini.

“Tan Sri dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada jam 9 pagi semalam kerana mengalami strok. Keadaan Tan Sri agak teruk.

“Namun kesihatan beliau beransur baik dan bertambah responsif daripada semalam. Tan Sri boleh memberi respons kepada soalan-soalan mudah

“Malah boleh bercakap beberapa perkataan selain Tan Sri turut memberi reaksi emosi,” katanya. dalam satu sidang media berkenaan perkembangan terkini kesihatan Mufti Perak di sebuah hospital swasta di sini hari.

Datuk Dr Zakaria A Kadir

Mengulas lanjut, Zakaria berkata Harussani mengalami strok yang mana anggota badan sebelah kanannya lemah selain tidak mampu untuk bercakap.

Ujar beliau pihaknya sedang memberi rawatan pemulihan terhadap Harussani bagi melancarkan kembali perjalanan darah pada anggota badanya selain Harussani turut menerima rawatan kesihatan lain seperti darah tinggi dan kencing manis.

Katanya lagi pihaknya masih memantau perkembangan kesihatan Mufti Perak di ICU dan sekiranya bertambah baik, beliau akan dipindahkan ke wad rawatan biasa.

“Tan Sri kemungkinan akan berada di ICU dalam tempoh tiga ke dua hari. Sekiranya beliau benar-benar stabil, kita akan pindahkan Tan Sri ke wad biasa dan dijangka dalam tempoh seminggu.

“Ia bagi memastikan Tan Sri pulih sepenuhnya dan dapat menjalani rawatan rehabilitasi,” jelas beliau.

Mohd Akmal Kamarudin

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin ketika ditemui berkata Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), akan mengeluarkan pekeliling bagi meminta semua masjid di negeri ini untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi mendoakan kesihatan Mufti Perak.

“Jasa dan baktinya terhadap ummah masih diperlukan. Justeru masjid-masjid di Perak akan diarahkan bagi menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin terhadap tokoh besar negeri ini.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1598239097548″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

“Justeru diharap seluruh rakyat Perak dan negara dapat mendoakan kesihatan Tan Sri. Sama-sama kita mendoakan agar segala urusan Tan Sri dipermudahkan dan diberi kesihatan baik serta pulih seperti sedia kala,” katanya.

Semalam media melaporkan Harussani dikejarkan ke hospital selepas solat Subuh akibat mengalami strok.

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");