Perak Hari Ini

MBI Roboh Struktur Premis Haram Di Chemor

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah meroboh struktur usang yang sebelum ini dijadikan sebagai premis perniagaan kecil-kecilan, stor dan bilik yang kini tidak lagi digunakan di Jalan Silang, Chemor, di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan MBI memaklumkan operasi fasa kedua yang tamat pada tengah hari tadi itu akan disambung dalam fasa ketiga pada masa yang akan ditentukan kelak.

Katanya operasi tersebut adalah susulan daripada operasi roboh fasa pertama pada 8 Julai lalu yang membabitkan dua struktur yang dirobohkan.

“Langkah-langkah awal telah dilaksanakan termasuklah penyerahan notis di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (AKTA 133) kepada pemilik struktur dan penampalan notis roboh di premis tersebut.

“Turut diadakan sesi perjumpaan dan penerangan kepada peniaga, sesi menawarkan tempat perniagaan baru kepada mereka, serta penampalan notis pemakluman tindakan roboh di lokasi sama,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, operasi perobohan struktur usang itu berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan orang awam di lokasi.

“Dianggarkan 50 pegawai dan anggota yang terdiri daripada MBI hadir memastikan operasi berjalan lancar dan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");