Perak Hari Ini

Mohamed Helmi Setiausaha Kehormat PAFA Yang Baharu

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengumumkan pelantikan Bekas Penolong Setiausaha Kehormat PKNP FC, Mohamed Helmi Mohamed sebagai Setiausaha Kehormat badan induk bola sepak negeri, berkuatkuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan, Timbalan Presiden PAFA, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata, keputusan itu dibuat susulan usaha penstrukturan ke arah penswastaan Perak FA kepada Perak FC.

Katanya PAFA yakin pelantikan Mohamed Helmi mampu membantu melancarkan pengurusan persatuan yang ditinggalkan Setiausaha Kehormat sebelum ini, Mohamad Azlin Mohd Nadzri yang meletakkan jawatan bulan ini.

“Penstrukturan dalam pentadbiran sesebuah organisasi memang biasa berlaku. Apatah lagi kita mahu melengkapkan persiapan kita menjadi sebuah kelab.

“Kita sedia maklum Mohamed Helmi pernah berkhidmat dengan PKNP FC dan kemasukan beliau adalah tepat pada masanya. Proses untuk dijadikan sebagai kelab itu sudah hendak lengkap,” katanya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Adly Shah yang juga pengurus pasukan turut berpuas hati dengan prestasi pemain skuad The Bos Gaurus selain berharap ianya dapat ditingkatkan lagi sebelum saingan bermula.

“Dua perlawanan persahabatan sebelum ini yang bertemu Kuala Lumpur dan UKM FC kita berkata mencatatkan kemenangan.

“Barisan kejurulatihan sedang bersiap sedia untuk memulakan kempen pada 26 Ogos depan bertemu Melaka United di Stadium Perak.

“Pasukan kini berada di landasan yang betul malah komitmen dan perkembangan ditunjukkan sangat memuaskan dan mengikut perancangan,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");