Panasnya Hari Ini

Pemimpin Umno Sabah tolak Bung tamparan hebat kepada Zahid, kata bekas wartawan

Penulis blog, A Kadir Jasin, menyifatkan penolakan pemimpin Umno Sabah terhadap Bung Moktar Radin yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri (PRN) BN Sabah, memberi tamparan hebat kepada Presiden Zahid Hamidi.

Di Facebook, bekas wartawan itu menulis beliau tidak pelik Zahid pilih Bung mengemudi jentera pilihan raya Sabah memandangkan kedua-duanya berdepan kes mahkamah dan akan menjaga kepentingan masing-masing.

Pada Selasa, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan mengetuai 12 ketua Umno bahagian membantah pelantikan Bung, mendakwa perkara itu tidak dibincangkan dengan mereka dan oleh itu bertentangan dengan autonomi penuh yang diberikan kepada Umno Sabah tahun lalu.

Mereka menegaskan tidak mahu seorang pemimpin yang perlu ke mahkamah atas kes rasuah berkempen untuk BN pada PRN Sabah.

Bagaimanapun, Zahid menjelaskan pemilihan Bung untuk mengetuai jenteran BN Sabah munasabah kerana beliau pengerusi negeri.

Kadir berkata penolakan terhadap Bung berasas.

“Bagaimana Umno hendak menyerang lawan sekiranya mereka sentiasa perlu mempertahankan ketua negeri dan pusat yang sedang dibicarakan?”

Beliau menambah ini belum lagi mengambil kira bekas perdana menteri, Najib Razak yang disabit kesalahan rasuah, yang dianggap Kadir pemimpin “de facto nombor 1”.

Beliau berkata kelemahan utama Umno adalah kebanyakan pemimpinnya berdepan tuduhan atau disabit kesalahan di mahkamah.

Kadir juga berkata Umno Sabah diberi autonomi utama dan kebebasan lebih tinggi berbanding negeri lain.

“Jadi bila mereka tidak bersetuju dengan keputusan presiden, implikasi terhadap presiden lebih parah.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");