Berita Hari Ini

Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Md Rayhan

KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan terhadap warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang terbabit dengan dokumentari Al Jazeera disyaki berniat memburukkan Malaysia.

“Selepas kertas siasatan dilengkapkan kita akan menghantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” kata Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, lapor Harian Metro.

Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur, 24 Julai lalu selepas Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang awam menjejaki individu itu yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.

Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan mengenai layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Pada 25 Julai lalu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata, lelaki itu akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");