Panasnya Hari Ini

Polis Siasat Dakwaan Kes Liwat Pemimpin Politik

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kes liwat membabitkan pemimpin parti politik berikutan tular akuan bersumpah (SD) seorang lelaki mendakwa menerima bayaran RM300 untuk melakukan perbuatan itu.

Bercakap kepada BH, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata sebarang maklumat lanjut termasuk memanggil saksi berkaitan untuk dirakam keterangan akan dimaklumkan kemudian.

“Kita terima laporan berhubung dakwaan liwat itu di Cheras, pagi kelmarin.

“Sejurus itu, kita buka kertas siasatan. Kita masih giat siasat kes itu dan tindakan memanggil mana-mana individu akan ditentukan nanti,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online hari ini.

Sebelum ini, SD bertarikh 29 Jun lalu itu dikatakan dibuat seorang lelaki mendakwa kejadian berkenaan berlaku di sebuah hotel di Subang, pada 2013.

Lelaki berkenaan turut mendakwa dihubungi pemimpin politik itu untuk bertemu di hotel terbabit sebelum melakukan perbuatan berkenaan dengan bayaran RM300.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");