Perak Hari Ini

PRK Slim: Penamaan Calon Berlansung Tenang

TANJONG MALIM: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pagi tadi dilakukan dalam suasana yang tenang dengan kawalan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya telah membuat kawalan bermula jam 5 pagi bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan dari mana-mana parti.

Katanya, perkata tersebut adalah hasil daripada perancangan awal pihaknya untuk mengaplikasikan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak SPR dan MKN.

“Sejak awal pagi tadi kita dapati keadaan sekitar pusat penamaan calon ini tenang dengan kawalan lalu lintas dari unit trafik polis.

“Pihak polis telah bersedia dan membuat kawalan sejak jam 5 pagi bagi megawal sebarang perarakan atau perhimpunan di pusat penamaan calon,” katanya kepada media semasa menuggu pengumuman senarai calon di sini, hari ini.

Tambah beliau, sewaktu berkempen di dalam ruang yang tertutup atau berpagar, jumlah maksimum peserta adalah seramai 250 orang atau tidak lebih dari.

Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Shamsul Ridzuan Idris pada jam 10.35 pagi selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Tanjong Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) di sini ditutup pada jam 10 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");