Berita Hari Ini

Wan Ahmad Fayhsal Ketua Armada Bersatu Yang Baharu

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dipilih sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) parti Bersatu yang baharu bagi penggal 2019 hingga 2022.

Sementara itu, Timbalan Ketua Armada Sabah Ceasar Mandela Malakun pula dipilih sebagai Naib Ketua Armada bagi tempoh yang sama.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Syed Hamid Albar berkata seramai 9,496 orang perwakilan telah mengundi semasa persidangan tahunan Armada bahagian di seluruh negara semalam.

“Daripada 173 bahagian Armada yang layak bersidang, 164 telah berjaya mengadakan persidangan manakala sembilan bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya pada pemilihan julung kali diadakan itu, perwakilan turut memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 15 Ahli Jawatankuasa Armada.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");