Berita Hari Ini
Like

Alami Masalah Keseimbangan Badan, Ustaz Kazim Elias Masuk Wad Lagi

September 10, 2020
248 Views
0 Comments
1 minute read
Alami Masalah Keseimbangan Badan, Ustaz Kazim Elias Masuk Wad Lagi

Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias sekali lagi dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini selepas mengadu kurang sihat petang semalam (Rabu).

Perkara itu disahkan melalui laman Facebooknya pada Khamis.

“Semoga Dato’ Ustaz Mohd Kazim diberikan kesembuhan. Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja sampai dari Bukit Jalil selepas mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lepas,” menurut laman Facebook itu.

Mei lalu, Ustaz Kazim dirawat di sebuah hospital swasta selepas berada dalam keadaan kurang sihat.

Beliau kemudiannya dibenarkan keluar beberapa hari kemudian untuk berehat di rumah setelah pihak hospital berpuas hati tahap kesihatannya yang semakin memuaskan.

Bagaimanapun, keluarga beliau hairan kerana punca penyakit masih belum ditemui walaupun beberapa kali melakukan proses ultrasound dan MRI.

Sementara itu, menurut pembantu peribadinya, doktor masih mengesan apa masalah sebenar penceramah bebas itu.

“Apa yang boleh saya maklumkan sekarang ialah DUKE (Datuk Ustaz Kazim Elias) mengalami masalah keseimbangan badan dan perlukan rehat,” katanya.

Sumber: Awani

Komen & Pendapat

Comments are closed.