Perak Hari Ini

Aset PCB Termasuk Lumut Port Tidak Akan Dijual – MB Perak

faizal azumu peja

LUMUT: Semua aset milik anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Perak Corporation Berhad (PCB) termasuk Lumut Port atau Pelabuhan Lumut, tidak akan dijual.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan sebaliknya kerajaan negeri sedang berusaha untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) tersebut tanpa perlu menjual mana-mana aset.

Katanya ia termasuk usaha kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian untuk mengeluarkan PCB daripada senarai Nota Amalan 17 (PN17).

Antara usaha yang telah digerakkan adalah dengan melantik nama-nama besar dalam dunia korporat sebagai Lembaga Pengarah PCB.

“Apabila ahli lembaga pengarah yang baru dilantik berjumpa dengan saya, saya katakan yang kita perlu ‘turn around’ syarikat tanpa menjual apa-apa aset walaupun sebatang pensel sekali pun.

“Kita boleh menggunakan kreativiti dan usaha yang kuat untuk mengembalikan PCB sebagai syarikat yang menguntungkan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-23 (PB23) yang dipengerusikan Perdana Menteri di Pulau Pangkor, di sini hari ini.

Siang tadi, Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Perak Datuk Hamidah Osman mendakwa PCB sedang mengalami masalah kewangan yang serius dan bakal berdepan tindakan ‘gulung tikar’.

Hamidah yang juga Naib Presiden PUTRA mendakwa sekiranya ia berlaku, PCB berkemungkinan terpaksa menjual kesemua aset termasuk Pelabuhan Lumut yang dimilikinya untuk membayar hutang.

Sebagai respons Ahmad Faizal berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar.

“Kita tidak akan menjual Lumut Port malahan kita akan mencari jalan bagaimana kita dapat menguasai Lumut Port dengan pegangan 100 peratus,” tegas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");