Perak Hari Ini

Bangunkan Teknologi Pembenihan Awan Dengan Kos Yang Lebih Rendah Di Malaysia

PERAK TENGAH: MTC Engineering Sdn. Bhd (MTCE) sedang dalam usaha bagi membangunkan teknologi pembenihan awan dengan kos yang lebih rendah di negara ini menerusi bidang kejuruteraan aeroangkasa.

Pengurus Besar, MTC Engineering Sdn. Bhd, Lt. Kolonel Bersara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ir. Muhammad Juani Sujana berkata, pihaknya menggunakan kaedah asas iaitu mula berkolaborasi dengan beberapa universiti tempatan menerusi pembangunan teknologi roket.

Katanya, menerusi sumber ini, Malaysia sendiri sebenarnya mempunyai tenaga mahir seperti para Pensyarah yang mana dapat membantu dalam menyumbangkan maklumat.

“Pertama sekali kita menggunakan dana sendirian, jadi bila dana sendirian kita banyak gunakan material dengan kos yang rendah, kita tak mampu dapatkan bahan baru yang lebih mahal dan mesin baru yang mahal.

“Kita kearah yang lebih asas di mana kita berkolaborasi dengan universiti di mana mereka sediakan banyak maklumat asas berbanding kita pergi industri di luar negara yang akan menyediakan penyelesaian yang sangat mahal.

“Jadi kita perlu kembali kepada sumber tempatan di mana kita banyak pensyarah mahir, kita minta kepada mereka. Kerja memang banyak, tapi saya rasa berbaloi. Kalau kita rujuk kepada luar negara memang mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menjalankan ujian pelancaran roket berskala kecil di kawasan Pusat Benih Padi, Felcra Berhad, Kampung Gajah, Seberang Perak, hari ini.

MTEC merupakan syarikat yang terlibat dalam bidang pelbagai pengkhususan kejuruteraan termasuklah di dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di mana sedang giat membangunkan teknologi roket untuk pelbagai aplikasi termasuklah roket pembenihan awan.

Sebanyak 12 roket telah dilancarkan yang mana terdiri daripada Training Rocket, Sounding Rocket termasuk teknologi pembenihan dan Stem Rocket.

Katanya, setakat ini roket bagi pembenihan awan masih lagi dalam fasa permulaan di mana mereka perlu mematangkan terlebih dahulu motor roket.

“Fasa sekarang ni kita kena matangkan dia punya propellant (motor roket). Once kita dah matangkan motor roket baru kita masukkan agen pembenihan awan.

“Kalau kita dah matangkan benda itu maksudnya, produk tersebut pergi ke mana yang kita nak target, baru pasangkan. Selagi kita tak mahirkan atau matangkan, tidak selamat kalau kita nak tembak sahaja. Jadi kita kena habiskan fasa tersebut,” katanya.

Bagaimanapun menurut beliau, mereka masih lagi menunggu permohonan dana sebanyak RM1 Juta daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan perkara tersebut masih lagi dalam proses.

Menurut beliau, tiga jenis roket yang cuba dipamerkan adalah salah satunya Stem roket yang mana boleh digunakan di sekolahuntuk program pendidikan atau kurikulum roket.

“Kedua adalah training roket kegunaannya adalah untuk permohonan ketenteraan tetapi sebagai latihan sahaja

“Yang ketiga adalah sounding rocket iaitu secara skala kecil di mana pengembangan akhir kita untuk cuba bangunkankan ‘cloud seeding rocket’ dengan sounding rocket yang lebih besar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");