Berita Hari Ini

128 Pasukan Berentap Rebut Piala Pusingan Kejohanan Karom

IPOH – Sebanyak 128 pasukan tempatan menyertai Kejohanan Karom Terbuka merebut Piala Pusingan Ketua Pegawai eksekutif Kumpulan MajuPerak Holdings Berhad yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM5,000 di Kompleks Silveritage Galleria (KSG), Medan Gopeng Sabtu ini.

Kejohanan julung kali dianjurkan Kumpulan MajuPerak Holdings Berhad itu bertujuan mencungkil bakat baru selain mengeratkan lagi hubungan di kalangan agensi kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Mohd Herwan Razali berkata, MajuPerak mengambil inisiatif mahu memartabatkan sukan karom setanding dengan sukan popular di negara ini.

“Setakat ini 128 pasukan regu akan berentap bagi merebut kejuaraan yang menawarkan wang tunai RM2,000, piala pusingan, medal dan sijil, naib juara (RM1, 000, medal dan sijil) serta tempat ketiga dan keempat (RM500 medal dan sijil).

“Manakala bagi tempat kelima hingga kelapan turut akan membawa pulang wang tunai RM200 dan kesembilan hingga ke enam belas pula kita sediakan wang tunai RM70,” katanya.

rpt

Tambahnya, bagi memeriahkan lagi kejohanan, penganjur turut mengadakan 20 cabutan bertuah yang turut menanti pemenang pada kejohanan yang bakal bermula jam lapan pagi.

Mohd Herwan berkata, setakat ini, 128 pasukan itu terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk pasukan persendirian daripada negeri Pulau Pinang, Terengganu, Perlis dan Kuala Lumpur yang mengesahkan pendaftaran.

“Kita mahu sukan karom dipandang serius dan menolak tanggapan karom sekadar sukan santai yang hanya dimainkan di warung kopi atau peringkat kampung saja, cuma mungkin ia belum lagi meluas seperti sukan bola sepak.

“Apa yang kita harapkan kejohanan kali ini akan menjadi gelanggang menguji kebolehan para peserta seterusnya membuka laluan untuk mereka melangkah lebih jauh dalam sukan ini kelak,” katanya lagi.

Katanya, selain itu juga pihak penganjur turut mahu mempromosikan KSG yang kini menjadi tumpuan serta faktor penarik pelancong asing dan tempatan ke Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");