Berita Hari Ini

Beberapa Proses Perlu Dilakukan Sebelum Umum Keputusan Jajaran ECRL, Kata Wee

PUTRAJAYA: Masih ada beberapa proses yang perlu dilakukan, kata menteri kepada pemberita yang menggesa beliau mengesahkan laporan mendakwa kerajaan sudah bersetuju jajaran Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan melalui Bentong.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata pihaknya ketika ini tidak pernah mendedahkan apa-apa berhubung isu itu, meminta media tunggu taklimat yang akan diadakan kelak.

“Pada masa ini, ia masih lagi berjalan saya hanya akan umumkan bila perkara ini dapat disahkan,” katanya pada sidang media di kementerian hari ini.

Terdahulu, media memetik sumber mengatakan Putrajaya sudah bersetuju jajaran ECRL akan melalui Bentong, Pahang sepertimana rancangan asal.

Jajaran asal sepanjang 668km akan membawa ERCL dari Kelantan, Terengganu dan Pahang ke Selangor melalui Bentong dan Gombak.

“Kita akan beritahu bila sudah siap nanti,” kata Wee.

Menteri berkata kenyataan ketika ini hanya akan menimbulkan tanggapan.

“Sudah dalam tempoh beberapa bulan ini, lihatlah perbincangan di Dewan Rakyat, bagaimana ia menjurus di mana dan di situ sudah dapat satu tanggapan,” katanya.

Pentadbiran lepas mengubah jajaran ECRL dengan menggugurkan Gombak dan Bentong, dan membawa laluan itu ke arah selatan, melalui Bangi/Kajang di Selangor dan Kuala Klawang, Negeri Sembilan, kemudian ke Mentakab, Pahang.

Wee dalam jawapan bertulis di Dewan Negara semalam berkata, Putrajaya sedang memperhalusi jajaran Seksyen C (Mentakab-Pelabuhan Klang) terutamanya laluan asal yang melalui Bentong dan Gombak.

Bahkan Wee sewaktu menjawab soalan dibangkitkan Senator Ismail Ibrahim turut memaklumkan Putrajaya akan berunding semula dengan kerajaan China dan kontraktor utama projek bagi mendapatkan kepastian mengenai implikasi kos dan jadual pelaksanaan projek.

Sementara itu, Wee memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan siasatan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ke atas kemalangan Komuter dan Tren Elektrik (ETS) dekat Stesen Kuang, Selangor pada Jumaat.

“Saya hendak tahu puncanya apa, apakah disebabkan kecuaian manusia atau sistem mekanikal kita. Kita akan kenalpasti, siasatan ia mengambil masa yang sedikit lama,” katanya.

Wee memaklumkan kerja pembaikan sudah dilakukan dan ia sudah beroperasi semula memetik FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");