Membawang Hari Ini

Impian Isteri Arwah Abam Miliki Kedai Tercapai

SABAK BERNAM – Selepas kira-kira dua bulan berniaga cempedak goreng di tepi jalan, kini isteri Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan sudah memiliki sebuah kedai di Pekan Sabak Bernam.

Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, berkata, berkat berniaga kecil-kecilan dan sokongan ahli keluarganya, dia kini mampu memiliki sebuah kedai sejak 2 Ogos lalu.

 

“Terima kasih kepada abang kerana bantu dapatkan kedai ini. Terima kasih emak, abah dan keluarga tercinta yang sentiasa doakan serta memberi sokongan.

“Terima kasih juga kepada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang meluluskan permohonan kedai degan cepat,” katanya dalam satu hantaran di Instagramnya semalam.

Bagaimanapun, Siti Nurhidayah tidak menceritakan lanjut jenis perniagaan yang ingin diusahakannya.


Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Siti Nurhidayah mengusahakan perniagaan cempedak goreng di tepi jalan sejak Julai lalu bagi mengumpul duit untuk membuka sebuah kedai makan suatu hari nanti.

Siti Nurhidayah, berkata, hasrat itu pernah disuarakan arwah suaminya itu yang merancang membuka sebuah kedai makan yang menyediakan menu masakan panas memetik SHarian.

Bagaimanapun, katanya, hasrat itu tertangguh kerana anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey ketika itu masih bayi.

“Arwah memang merancang hendak membuka sebuah kedai makan tapi hasratnya tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu menemui Ilahi.

“Saya berusaha sedikit demi sedikit mengumpul duit dan kudrat yang ada untuk merealisasikan hasrat arwah suami dan seterusnya mengembangkan perniagaan kami,” katanya.

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");