Perak Hari Ini

JPJ Kaji Selaras Undang-undang Terhadap Aktiviti Berbasikal Di Jalan Raya

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengkaji bagi menyelaraskan peruntukkan undang-undang terhadap penunggang basikal yang melakukan aktiviti riadah itu di atas jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata kajian itu akan melibatkan kerjasama dengan pihak berkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysi (PDRM) agar tindakan tegas dapat dilaksanakan.

“Dalam rangka kerja perundangan, definisi kenderaan ini jika ia di bawah kelajuan 25 kilometer (km) sejam, ia didifinasikan sebagai basikal yang mana ianya dibenarkan untuk berada di ‘off road’ atau luar jalan raya.

“Ia juga kerana kenderaan itu tidak tersenarai dalam kenderaan yang dikenakan cukai dan disebabkan itu tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan.

“Bagaimanapun dalam perkembangan terkini yang terlampau banyak aktiviti berbasikal termasuk dengan aktiviti ‘basikal lajak’, jadi kita sedang bekerjasama dengan pihak seperti polis dan agensi lain untuk kita menyelaraskan keadaan ini,” katanya.

Jelas beliau, oleh kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang boleh dikuatkuasakan terhadap pengguna basikal, JPJ akan memberi nasihat dan kesedaran kepada golongan tersebut agar memastikan dapat menggunakan jalan raya dengan keadaan selamat.

Menurutnya, aspek pengurusan kenderaan basikal ini adalah dibawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyediakan laluan-laluan basikal yang bersesuaian di kawasan seliaan masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kiriman pada sebuah laman Facebook tular yang memaparkan aktiviti berbasikal di lebuh raya di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Aktiviti dengan menggunakan jalan raya sebagai trek itu dikatakan mengundang keresahan sebahagian masyarakat yang bimbang terhadap risiko kemalangan yang boleh berlaku sehingga membabitkan soal keselamatan nyawa.

Terdahulu, Shaharuddin merasmikan Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (Unit Penguatkuasa Lebuh raya – UPLR) JPJ di Plaza Tol Lama Jelapang, di sini, hari ini.

Pada masjlis tersebut beliau bersama-sama Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JPJ yang diwakili Timbalan Pengarah Penguatkuasa Operasi JPJ, Mohamat Johari Mat Nor dengan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) yang diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Zakaria Ahmad Zabidi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");