Perak Hari Ini

JPJ Lelong Kereta, Sasar Nilai Jualan RM1 Juta

IPOH- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak telah mengadakan Majlis Pelelongan Awam Kenderaan Sita sebanyak 70 buah kenderaan pada hari ini.

Pengarahnya, Mohammad Yusoff Abustan berkata, pihaknya menyasarkan lelongan sebanyak RM1 juta dengan jumlah rizab jualan sebanyak RM477,300.

“Harini ini kami menjangkakan kami dapat menjual kesemuanya iaitu sebanyak 70 buah kenderaan secara perinciannya motosikal 15 buah, motokar 51 buah, van dua buah, dua lori dan sebuah bas.

“Kalau ikut harga rizab yang kalau kita dapat jual adalah sebanyak RM447,300, jadi kita mengharapkan dengan harga rizab ini kalau dengan pagi ini kita tengok sambutan begitu hangat kita menjajangkakan hampir RM1 juta kita boleh dapatlah tetapi ianya tertakluk kepada pindaan pada peringkat awal,” katanya kepada media hari ini.

Menurut beliau, secara peribadinya beliau merasakan sambutan pada hari ini begitu hangat namun hanya 110 orang sahaja dibenarkan masuk bagi majlis lelongan berkenaan.

“Kita mengehadkan kepada 110 sahaja sebabnya untuk penjarakan fizikal tetapi kebiasaanya kita membenarkan sampai ada 150 orang tetapi hari ini kita terpaksa mengehadkan kepada 110 orang,” katanya.

Tambah Mohammad Yusoff, kenderaan yang dilelong adalah kenderaan yang disita.

“Kita mendapat kelulusan melucut hak iaitu apabila mendapat keputusan mahkamah ia tidak boleh berada di atas jalan raya dia ada banyak sebab lah.

“Antaranya kenderaan kenderaan yang dilelong adalah kenderaan yang dibawa masuk secara haram ke tempat kita, kenderaan yang tidak mempunyai lesen, kenderaan yang telah tamat tempoh, dan kenderaan yang kita bagi surat tuntutan tetapi tidak dituntut,” katanya.

Katanya lagi, terdapat sebanyak 27 buah kereta dari keseluruhan kenderaan yang ada pada hari ini yang mana status kenderaan berkenaan tidak lagi diistilah sebagai kereta klon.

“Kereta klot kita kata sebagai kenderaan yang telah masuk secara tidak sah ke negara kita iaitu kenderaan dari negara jiran membawa masuk secara tidak sah dan memeng ada kenderaan klon di sini tetapi kita tidak menggunakan istilah secara terus.

“Antara kereta klon yang ada adalah kereta mewah antaranya Honda Odessy, Jonda Accord, Honda Civic dan lain-lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");