Perak Hari Ini

Lantikan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Baru Bukti Bukan Kepentingan Peribadi-Ahmad Faizal

IPOH- Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menzahirkan penghargaan kepada seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kepimpinan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) kerana telah mencalonkan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara ini membuktikan kecintaan mereka terhadap masa depan rakyat mengatasi kepentingan peribadi apabila berlapang dada bagi mencapai kesepakatan mencalonkan Ketua Menteri baru tersebut.

“Ini adalah dinamika baharu politik negara yang menjadi tanda aras kepada kematangan ahli-ahli politik GRS dalam memastikan sahsiah politik terus dijunjung sebagai wadah perjuangan untuk menyatukan rakyat dan membina negara, bukannya alat untuk memecahbelahkan.

“Pelantikan Ketua Menteri Sabah ke-16 dan pembentukan Kerajaan Negeri GRS Sabah juga adalah kemenangan buat rakyat Sabah yang telah membuat keputusan melalui proses demokrasi yang berlangsung dengan penuh tertib dan telus mengikut ruang lingkup undang-undang pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar beliau, selepas berakhirnya PRN, ini adalah masanya untuk membentuk sebuah pentadbiran kerajaan yang kukuh untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menunaikan semua Aku Janji GRS bagi membalas kepercayaaan para pengundi dan rakyat Sabah.

“Kita yakin dan percaya, kesepatakatan yang telah dibuktikan oleh para ADUN dan kepimpinan parti- parti dalam GRS adalah satu permulaan baharu kepada sebuah kerjasama politik yang benar-benar memberi perhatian kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negeri, khususnya dalam keadaan kita masih berperang melawan penularan pandemik Covid-19.

“Dengan komitmen jitu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan Kerajaan Persekutuan untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Hajiji serta rakan-rakan seperjuangan dalam GRS, kita yakin rakyat negeri Sabah akan mendapat pembelaan dan menikmati kesinambungan pembangunan yang selayaknya di bawah semangat federalisme,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");