Panasnya Hari Ini
Like

Kerajaan PN Perlu Dikekalkan Kerana Berjaya tangani Isu Kesihatan, Ekonomi – MB Kedah

September 24, 2020
302 Views
0 Comments
1 minute read
Kerajaan PN Perlu Dikekalkan Kerana Berjaya tangani Isu Kesihatan, Ekonomi – MB Kedah

ALOR SETAR – Kerajaan yang ada pada hari ini di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dikekalkan, kerana telah terbukti berjaya menangani krisis kesihatan dan ekonomi dengan cekap dan efisien, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya di bawah kepimpinan Muhyiddin, Malaysia bukan sahaja menjadi antara negara terbaik mengekang penularan wabak COVID-19, malah menunjukkan trend pemulihan ekonomi yang meyakinkan dengan kadar pemulihan daripada penguncupan (ekonomi) sebanyak 25.4 peratus dalam tempoh tiga bulan.

“Mudah-mudahan matlamat untuk ekonomi negara kita berkembang pada tahap 5 hingga 8 peratus pada tahun hadapan, dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Dalam pada itu Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri Kedah menyambut baik pengumuman pakej Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) oleh Perdana Menteri dalam perutusan khas, semalam.

Muhammad Sanusi berkata, peruntukan Geran Khas Prihatin sebanyak RM600 juta, Subsidi Upah 2.0 berjumlah RM2.4 bilion dan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bernilai RM7 bilion, adalah bukti keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional terhadap kesukaran hidup rakyat, terutama di peringkat bawah dalam menghadapi situasi sukar akibat pandemik COVID-19.

“Kita juga akan memberi sepenuh perhatian terhadap pesanan untuk kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dipertingkatkan, bagi memastikan negara dapat segera keluar daripada zon yang mencabar ini.

Beliau turut berharap inisiatif terbaharu yang diumumkan perdana menteri itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat Kedah, yang sebilangannya masih terjejas teruk oleh COVID-19 untuk berbelanja dengan sebaik mungkin mengikut keutamaan.

Comments are closed.